Wednesday, August 24, 2011

Perbezaan hasil macro di antara Extension Tube, Raynox DCR250 dan Macro Filter

Saya terpanggil untuk membuat satu eksperimen tentang perbezaan di antara  manual Extension Tube, Raynox DCR250 dan Close up/Macro Filter. Ketiga-tiga gajet ini digunakan untuk tujuan yang sama iaitu macro shot. Namun begitu terdapat perbezaan dari segi kualiti macro untuk setiap gajet tersebut. Dengan itu saya kumpulkan ketiga-tiga gajet ini dan buat foto macro test dengan menggunakan kertas line vertical dan horizontal. Semasa test shot ini saya menggunakan kitlens Canon EF18-55mm sebagai asasnya dengan body Camera EOS40D. Mari kita lihat apa perbezaanya. Setting untuk semua ujian ini menggunakan Shutter Speed 1/100sec, Aperture  f10, ISO200, White Balance - AWB dalam jpeg format dengan large file (L). Color -0, Saturation-0, Sharpness-0.
1). Manual Extension Tube. 2). Raynox DCR250. 3). Macro Filter.
 Kita mulakan dengan Extension Tube shot dengan kitlens Canon EF18-55mm ;
Macro Extension Tube full frame caption
Kemudian Raynox DCR250 dengan kitlens Canon EF18-55mm ;
Macro Raynox DCR250 full frame caption
Akhir sekali Close up/Macro Filter dengan kitlens Canon EF 18-55mm ;
Macro Filter full frame caption
Click di setiap gambar untuk melihat hasilnya dengan lebih dekat lagi. Dari pemerhatian saya ketiga-ketiga shot lebih kurang sama, namun terdapat beberapa bahagian yang kurang sharp pada bahagian sudut. Jadi untuk mendapat gambar yang lebih jelas saya buat crop 100% pada bahagian tengah di setiap hasil foto macro. Mari kita lihat bersama-sama ;
100% macro shot crop at center point
Di sini kita dapat melihat Raynox DCR250 mempunyai kawalan sharpness yang terbaik diikuti dengan Extension Tube dan Close up/Macro Filter,  akan tetapi kawalan cahaya pada Extension Tube amat baik pada pandangan saya kerana ianya mengurangkan harsh. Bagaimanapun ini bukan finalis untuk keputusan ini, mari kita lihat macro shot di bahagian sudut untuk ketiga-tiga gajet macro ini;
100% macro shot crop at corner point
Keputusannya adalah, Extension Tube mempunyai kawalan terbaik di sudut dan kurang CA (Chromatic Aberration) atau penyimpangan kromatik yang menyebabkan kabur (blur) pada sesuatu imej gambar diikuti dengan Raynox DCR250 dan yang terlemah sekali adalah Macro Filter.
Kesimpulan yang saya buat untuk macro shot ini adalah, Extension Tube merupakan gajet macro terbaik dari segi kawalan sharpness, CA dan juga mempunyai DOF (Depth of Field) atau jarak terfokus yang lebih lebar dan dalam walaupun dengan menggunakan bukaan Aperture f/10.
Pilhan pertama : 1) Extension Tube.
Pilhan kedua : 2). Raynox DCR250.
Pilihan ketiga 3). Close up/Macro Filter.

Ikuti cara-cara penggunaan  manual Extension Tube di sini.

15 comments:

  1. nasib baek aku bru bli ET smlm,,, :)
    mntk tnjuk ajar ye abg JJ,,,

    ReplyDelete
  2. Boleh A.M.O.I Studio, blaja sama2 ye. Mnisyam, ok share sama2.

    ReplyDelete
  3. info yg amat berguna abe JJ..trima kasih^^)

    ReplyDelete
  4. dari apa yg saya tahu ext tube menambahkan fokal lenght..jd magnifition 1:1 mungkin akan bertambah mnjadi 2:1 disebabkan focal lenght yg bertambah..manakala raynox or filter akan membesarkan lagi image..jd magnifition akan jadi 1:2..so bila crop susah sikit nak nampak sharp..itu yg saya paham la..tp klau salah sila betulkan..

    ReplyDelete
  5. Aku ada 3 gajet ni tapi aku paling suka Raynox pasal senang nak dapat fokus point..
    Kalau ada rezeki, minggu depan nak sambar SP90..
    Nice review broooo...

    ReplyDelete
  6. Betul tu bro Torex, apababila jarak di antara back focusing lens dengan sensor semakin jauh maka magnifying bertambah. Ini adalah konsep dan teknik focal length zooming yang sama yang ada di dalam lens itu sendiri.
    Manakala magnifying glass (close up filter) yang ada di dalam macro filter tidak ada pembetulan CA di bahagian sudutnya menyebabkan bahagian corner tidak sharp.
    Untuk Raynox pula lebih baik sedikit kerana ada 3 elemen glass dalam 2 group untuk pembetulan CA.

    ReplyDelete
  7. e.t tak ubah gambar sebab dia hanya menambah panjang fokal.sebelum ni saya gunakan e.t dengan nikkor 50mm f1.8 memang amat berpuas hati.

    raynox dan filter tak pernah guna tapi disebabkan material raynox atau pun senang cakap disebabkan dia ada selapisan lagi 'benda' menghalang didepan lens sudah tentu hasilnya agak kurang berbanding e.t yang direct ke sensor.

    ReplyDelete
  8. Betul tu bro Faaz, menambah lens di hadapan lens ada masalah persimpangan kromatik, tapi mudah dikendalikan kerana tidak menjejaskan kawalan Aperture secara normal.
    ET memang lebih baik, ia tidak menrunkan kualiti gambar kerana tidak ada penambahan lens.

    ReplyDelete
  9. kalo kite guna ET + 50mm + raynox blh ker? gmbr jd cmner? mkin dkt or trus xleh guna?

    ReplyDelete
  10. Semut_Gatal boleh, ramai yang gune 50mm + Raynox. Awak akan dapat Diaopter 2.5X dari Raynox iaitu 2.5 kali perbesaran dan penambah jarak macro ketahap 1-4 inci dari subjek.

    ReplyDelete
  11. kalo kite guna extension tube.. sambung plak dgn 50mm, pastu ditambah plak raynox.. boleh ker?

    ReplyDelete
  12. Salam bro...sama tak fungsi ET dengan ET auto focus??ET auto focus hrga lbh 300...

    ReplyDelete