Di ruangan ini saya ingin berkongsi mengenai gajet macro yang saya gunakan sepanjang menceburkan diri di dalam bidang macro fotografi. Saya bermula dengan penggunaan gajet-gajet yang sedia ada sebagai proses pembelajaran terawal saya. Gajet
Generasi Pertama-Gen 1 (23 June 2010) saya untuk macro fotografi adalah :
- Canon EOS40D
- Lens Canon EF50mm f/1.8
- Lens Canon EF90-300mm f/4.5-5.6
- Octopus 52mm & 58mm +10 macro close up filter
- DIY "Duck Beak" Diffuser
 |
Dari kiri atas : Canon EOS40D, Lens Canon EF90-300mm f/4.5-5.6, Octopus 58mm +10 macro close up filter, DIY "Duck Beak" Diffuser |
 |
DIY "Duck Beak" Diffuser dan cara saya menggunakannya |
DIY Diffuser (Duck Beak) yang saya gunakan dibuat daripada
fabrik Silver, Putih dan Hitam. Saya cantumkan semua fabrik ini menjadi satu diffuser yang berjahit dan mempunyai kerangka fleksibel daripada besi agar supaya mudah dipasang pada
Flash atau Speedlite.
Di antara foto-foto macro terawal saya dengan generasi pertama "Duck Beak" diffuser.
 |
Yellow Stripe Crab Spider |
 |
Coil branches |
 |
White Crab Spider |
 |
Home Sweet Home Crab Spider Nest |
Saya bermula dengan macro pada waktu malam. Ini kerana pada pendapat saya kebanyakan serangga kurang aktif di waktu ini. Jadi di dalam proses pembelajaran ini saya perlu serangga yang duduk diam untuk mendapatkan fokus. Sasaran saya pada masa ini ialah serangga yang bersaiz 5-10mm. Setelah melihat hasilnya, saya kurang berpuashati dari segi pencapaian
sharpness dan juga bayang di bawah badan serangga. Lalu saya kurangkan
shutter speed yang mana pada macro
Gen 1 saya ini rata-rata menggunakan kelajuan 1/250sec dengan bukaan
aperture f/20 dan iso200 dengan
setting flash ETTL (Canon)/iTTL (Nikon).
Proses pembaikan dari segi teknikal ini, adalah untuk menambahkan
sharpness pada serangga ataupun subjek. Jadi saya menggunakan pendekatan menurunkan
shutter speed untuk membenarkan lebih cahaya pada subjek. Kali ini penggunaan
shutter speed berkelajuan 1/100sec-1/125sec dengan bukaan
aperture f/25 dan iso200-iso250. Kali ini saya mencuba
macro shooting di sebelah siang dan sasaran serangga saya kali ini yang bersaiz 2-6mm. Hasilnya lihat gambar di bawah :
 |
Green Grass Hopper |
 |
Green Tortoise Beetle |
 |
Female Lynx Spider |
Terdapat sedikit perubahan dari segi
sharpness dan
DOF (Depth of Field) iaitu jarak terfokus. Saya melihat,
Natural Light iaitu cahaya semulajadi telah membantu untuk menerangi latar belakang gambar. Dan juga setting terbaru saya yang membolehkan lebih cahaya untuk subjek. Ini seterusnya menjadi asas saya selepas beberapa lama. Penambah baikkan diteruskan dengan menggantikan
Octopous 58mm macro close up +10 filter saya dengan
Raynox DCR250.
Berita sedih pada 02. August.2011, kamera canon EOS40D saya kecurian di KL Sentral. Jadi gajet yang saya gunakan kali ini adalah kamera Canon EOS350D digabungkan dengan lens Canon EF 70-200mm f/4L dan
Raynox DCR250. Setting Gajet ini saya gelarkan
Generasi kedua (Gen 2) :
- Canon EOS350D
- Canon EF 70-200mm f/4L Lens
- Raynox DCR250
 |
EOS350D pair with Canon EF 70-200mm f/4L Lens |
 |
Macro converter Raynox DCR250 |
Jadi saya membuat satu macro shooting percubaan menggunakan subjek air yang menitik ataupun dikenali sebagai
Water Drop. Hasilnya lihat gambar di bawah :
 |
Water Drop |
 |
Water Drop |
 |
Water Drop |
Semua
WaterDrop shot saya menggunakan 1 Unit Studio Light Elinchrom 250W dengan
softbox. Oleh kerana cahayanya sangat baik maka setting untuk shot ini adalah 1/250sec, f/25, iso200. Saya membuat kesimpulan bahawa, terdapat CA (
Chromatic Aberration) atau penyimpangan kromatik pada bahagian sudut lens yang mempengaruhi ketajam atau
sharpness.
Setelah edisi
Generasi Kedua (Gen 2) saya kurang memberangsangkan dari segi
focal range, sharpness dan juga
clarity maka wujudlah
Generasi Ketiga (Gen 3) saya dengan gajet baru iaitu :
- Canon EOS40D
- Tamron 70-300mm macro 1:2 f4-5.6 Di
- Bracket C
- Phottix Aster Wireless Flash Trigger (PT-V4)
- Yong Nuo Flash Diffuser
 |
Tamron 70-300mm macro 1:2 f4-5.6 Di |
 |
Bracket C |
 |
Phottix Aster Wireless Flash Trigger (PT-V4) |
 |
Yong Nuo Flash/Speedlite Diffuser |
Hasil dari kombinasi ini menaikkan taraf kemampuan macro saya kepada nisbah
1:1, 2:1 dan
3:1. Lihat gambar kombinasi ini di bawah di mana kalau diperhatikan cahaya dapat didekatkan kepada subjek! Ini adalah sesuatu yang amat baik! Saya gembira menemui suatu setting yang baik pada pandangan saya dan berkongsi di sini untuk melihat hasilnya :
 |
Gajet Generasi Ketiga (Gen 3) saya |
 |
Long Horn Beetle with tiny bug on head |
 |
Female Lynx Spider |
Perkembangan ini sangat memberangsangkan dan kenangan paling manis untuk
setting Gen 3 ini telah menghasilkan foto macro yang menjadi pemenang utama di
fotoskool - Bachelor of Photography iaitu sebuah
group di
Facebook untuk ADF 3 Theme Macro (Anugerah Dekan Fotoskool) yang diketuai oleh Dekan
SirMart. Lihat gambar
champion (Long Horn Beetle with Tiny Bug on Head) saya
di sini, namun masih ada pembaikkan yang harus dibuat. Melihat kepada perkembangan ini saya semakin bersemangat untuk meneruskan dan memperbaiki taraf macro fotografi saya dengan kehadiran gajet
Generasi Keempat (Gen 4) saya.
Gen 4 terdiri dari gajet macro
Gen 3 cuma kali ini lens
Tamron 70-300mm macro 1:2 f4-5.6 Di saya gantikan dengan lens
Tamron SP90-mm macro 1:1 f2.8 Di :
 |
Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro |
Saya berasa sungguh gembira mendapat lens macro bernisbah
1:1 ini kerana ia salah satu lens macro
3rd Party terbaik dalam kelasnya. Dan juga mempunyai
multiple function dari segi
capability focusingnya walaupun ia hanya
prime lens. Hasil dari lens ini adalah yang terbaik selama setahun (2010-2011) saya terlibat dengan macro fotografi. Saya menjangkakan bidang macro fotografi ini akan menjadi lebih serius dan menanamkan azam untuk belajar dan memperbaiki skill saya dari masa ke semasa. Lihat gambar-gambar di bawah yang saya ambil menggunakan lens macro terbaru
(Gen 4) ini :
 |
Female Jumping Spider Portrait |
 |
Very Kind Frog with peaceful prey (Mosquito) |
 |
Soldier Ant |
 |
UFI (Unknown Flying Insect) Might be Wasp with her parasitoid egg |
Ikuti perkembangan gajet
Generasi Kelima (Gen 5) yang akan saya tuliskan di dalam blog ini. Anda juga boleh melihat koleksi gambar macro saya
di flickr.
Untuk melihat aktiviti macro click
di sini.
Kembali ke
Artikel Macro Saya atau ke
home.
Great pic n gear...
ReplyDeleteTq bro Mdaffin, ini biase aje he..he..
ReplyDeleteDetaillll..Great post
ReplyDeleteperkembangan sihat. tahniah :D
ReplyDeleteTerimakasih Sifu Sir Mart.
ReplyDeleteTq Waemesul.
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteTq Pendekar Laut.
ReplyDeleteAssalamualaikum JJKluangman,
ReplyDeletewah...cantik dan cun2 semuanya. Dah lama gak sy search tentang equipment yg wajib perlu ada utk ambil gambar macro nih...gear En memang mantop!
Waalaikumsalm Ma Zul, tq, saya suka berkongsi pengalaman mengenai makro mungkin boleh menjadi rujukan atau panduan atau pun perbandingan untuk kita kongsi pengalaman bersama-sama sambil bertukar idea dan pandangan.
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi ilmu :)
ReplyDeletetak sabar tggu hasil gen 5 tuan
ReplyDeleteSama-sama Cik Farah deeb, Yayashimano InsyaAllah saya akan postkan.
ReplyDeletesalam perkenalan bro jusup
ReplyDeleteSalam perkenala juga bro Hisam1920.
ReplyDeletesalam perkenalan bro JJ....ilmu yg sangat berguna dan mudah difahami...keep it up...
ReplyDeletesalam JJ nak tanya cikit macam mna pulak gabungan sp90mm+ raynox 250?
ReplyDelete