Wednesday, August 24, 2011

Bagaimana cara menggunakan manual Extension Tube?








Gajet macro dengan bangganya menjadi penaja utama pertandingan macro di 1 malaysian macro. Penyertaan dialu-alukan. Tarikh pertandingan bermula pada 20hb November 2011 dan berakhir 20hb December 2011. Pemenang akan diumumkan pada awal tahun 2012. Untuk keterangan lanjut sila klik link ini atau terus ke laman www.facebook.com/groups/1malaysianmacro . Selamat mencuba!



Manual Extension Tube (ET) adalah gajet macro yang ringkas tetapi amat berkesan dan mempunyai nilai dan kualiti macro yang amat baik walaupun dengan kos yang terendah. Ianya hanya tube kosong tanpa lens atau apa-apa glass di dalamnya dan tiada electrical contact untuk tujuan Focusing Motor Drive, Aperture Drive, Focal Length info dan segala yang berkaitan dengan electronics connection. Jadi bacaan yang anda akan dapat pada f/number adalah f/00 walaupun pada masa itu anda telah setkan Aperture opening pada f/1.2
Manual Extension Tube
 Gajet ringkas ini terdiri dari 5 element penting ;
1). Adapter dari lens mounting body DLSR ke Extension Tube.
2). Extension Tube 9mm
3). Entension Tube 16mm
4). Extension Tube 30mm
5). Adapter dari Extension Tube ke Lens Mounting
Manual Extension Tube part
Cara penggunaannya adalah dengan memasangkan Extension Tube ini ke body camera DSLR dan kemudian memasang lens ke Extension Tube ;
Body DSLR camera and Extension Tube
 
Lens and Extension Tube

Akhir sekali pasangkan lens pada Extension Tube dan macro setup ini sudah sedia untuk beraksi ;
 
Lens and Extension Tube mounted on DLSR body
Cara penggunaan dari segi Aperture setting berbeza untuk Brand Camera Canon, Nikon dan Sony :
1). Untuk Canon anda perlu untuk setkan Aperture terlebih dahulu dan menekan butang DOFP (Depth of Field Preview) sambil melepaskan lens dalam keadaan body DSLR ada power. Ini akan menjadikan Aperture opening anda kekal pada tahap yang kita setkan tadi.
2). Manakala untuk Nikon dan Sony boleh terus mengawal Aperture Opening secara manual dari lens itu sendiri kerana terdapat Aperture Lever pada lens ataupun Pelaras Aperture tersedia yang boleh diubah mengikut keperluan.
3). Lihat video untuk pengguna Canon DSLR di sini :






4). Lihat video untuk pengguna Nikon DSLR di sini :
















Bagaimana cara Extension Tube bekerja?
Extension Tube atau Tiub Lanjutan ini meningkatkan pembesaran kanta dengan suatu amaun yang sama dengan jarak lanjutan yang dibahagikan dengan panjang lensa fokus. Sebagai contoh, menambah sambungan tiub 25 mm ke lensa 50 mm akan memberi perbesaran kepada 0.5X. Oleh itu, jika pembesaran asal lensa 0.15X, maka pembesaran baru akan menjadi 0.15X + 0,5 X = 0.65X. Jarak yang paling dekat memberi tumpuan juga akan berkurangan kepada mm ~ 210.
Semua lensa kamera mempunyai beberapa jumlah lanjutan asal yang digunakan untuk memberi tumpuan atau fokusing kepada objek-objek harian. Kanta dengan jarak memberi tumpuan lebih dekat biasanya mempunyai sambungan yang asal, tetapi ini juga akan memberi manfaat kepada pengurangan jarak tambahan tiub.
Lihat Rajah di bawah untuk pemahaman mengenai Extension Tube ini ;
Ratio 1:2  (0.5X)  magnifying with normal kitlens at 50mm
Ratio 1:2  (0.5X)  magnifying with normal kitlens at 50mm
 Setelah kitlens ini ditambah dengan extension tube 25mm, maka nisbah perbesarannya bertambah kepada 1:1 (0.65X), lihat gambarajah di bawah ;
Ratio 1:1  (0.65X)  magnifying kitlens with 25mm Extension Tube at 50mm focal length
Ratio 1:1  (0.65X)  magnifying kitlens with 25mm Extension Tube at 50mm focal length

Kembali ke Artikel Macro Saya atau ke home.

10 comments:

  1. ingin bertanya kenapa baby flash dan flash tambahan tidak dapat digunakan ek...digital screen pn tunjuk flash berkelip2...saya menggunakan nikon d90 bersama 50mm n macro tube

    ReplyDelete
  2. Bro Meran Qamar, untuk Nikon D90 awak guna manual mode untuk Flash, klu awak guna iTTL mode memang berkelip kerana Manual ET ini tiada electrical contact yg membolehkan iTTL berfungsi. Guna Manual mode dan M mode utk Flash.

    ReplyDelete
  3. nak tanya ET manual bole di gunakan pada lens tamron 18-200mm tak?saya guna nikon D5100.

    ReplyDelete
  4. sya guna canon 1100d...ble sy gune et nie..pic die blur??...

    ReplyDelete
  5. extension tube untuk canon dgn nikon mounting dia berbeza ker ?

    ReplyDelete
  6. saya guna nikon d5100 dan lens 18-55mm...xleh guna manual ET ye?

    ReplyDelete
  7. mintak penjelasan tuan tanah... sy pakai nikon d5000 + 70-300mm lens.. leyh tmbh lg ke xtension tube nie ?

    ReplyDelete
  8. Terimakasih banyak atas pelajarannya pak cik.... salam damai from Indonesia

    ReplyDelete
  9. saya guna canon 1100d, lens 18-55mm, kenapa tengok kat view blur je...

    ReplyDelete