Saturday, August 20, 2011

Bagaimana menggunakan lens terbalik tanpa reverse ring (gelung terbalik)?

Saya tidak pernah mendapat bug idaman saya iaitu Robberfly selama terlibat dengan macro fotografi lebih kurang setahun sejak 23 June 2010. Tetapi pada 09 July 2011 saya terjumpa si Robberfly di sebuah kebun. Pada masa itu saya langsung tidak membawa sebarang gajet kecuali camera dan kitlens sahaja. Saya pernah mendengar mengenai reverse lens dengan menggunakan reverse ring. Jadi apakah cara yang saya lakukan untuk menukarkan kitlens biasa ini (Canon EF18-55mm) kepada macro lens tanpa menggunakan reverse ring.

Tekniknya adalah : 
1). Lens dipasang secara normal pada badan kamera saya EOS40D dan set dial command ke M mode dan on kan kamera.

2). Setkan nilai Aperture yang dikehendaki, pada masa ini saya menggunakan Aperture f/20.

3). Tekan butang depth of field preview (Canon system sahaja) dan kemudian lepaskan lens dalam keadaan body kamera ada power supaya bukaan Aperture kekal pada tahap yang dikehendaki.

4). Akhir sekali tekap bahagian hadapan lens ke badan kamera dan bahagian belakang lens di hadapan. Lens  hendaklah ditekap dengan baik supaya tiada kebocoran cahaya masuk ke dalam sensor.
Dengan ini lens anda sudah bertukar menjadi macro lens yang hebat. Lihat hasil daripada lens terbalik yang saya buat iaitu gambar si Robberfly :
Robberfly eyes
Robberfly docking
Jarak subjek dengan reverse lens ini lebih kurang 4 inci iaitu jarak yang biasa saya gunakan dengan lens macro sebenar atau lens tele dipadukkan dengan Raynox DCR250. Ianya suatu pengalaman yang hebat bagi saya kerana walaupun tanpa macro lens saya masih boleh mengambil gambar macro dengan kitlens.
Kembali ke Artikel Macro Saya atau ke home.

13 comments:

  1. sony saya pun ada DOF preview ye.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Sama2 Ain Aznan, Rfian, Hanis. Bro Endra sorilah aku tx pernah kesah walaupun dah shoot guna Sony A700 ko tu he..he..Sony memang byk features.

    ReplyDelete
  3. tq atas perkongsian ini, sy akan cuba pada kamera nikon sy..

    ReplyDelete
  4. Saya pernah guna reverse ring. Tp tak pernah dpt gmbr yg sharp mcm bro jj dpt kat atas tu. Ada tak tips nk dptkan gmbr sharp mcm tu? Terima kasih.

    ReplyDelete