Wednesday, August 24, 2011

Bagaimana cara menggunakan manual Extension Tube?








Gajet macro dengan bangganya menjadi penaja utama pertandingan macro di 1 malaysian macro. Penyertaan dialu-alukan. Tarikh pertandingan bermula pada 20hb November 2011 dan berakhir 20hb December 2011. Pemenang akan diumumkan pada awal tahun 2012. Untuk keterangan lanjut sila klik link ini atau terus ke laman www.facebook.com/groups/1malaysianmacro . Selamat mencuba!



Manual Extension Tube (ET) adalah gajet macro yang ringkas tetapi amat berkesan dan mempunyai nilai dan kualiti macro yang amat baik walaupun dengan kos yang terendah. Ianya hanya tube kosong tanpa lens atau apa-apa glass di dalamnya dan tiada electrical contact untuk tujuan Focusing Motor Drive, Aperture Drive, Focal Length info dan segala yang berkaitan dengan electronics connection. Jadi bacaan yang anda akan dapat pada f/number adalah f/00 walaupun pada masa itu anda telah setkan Aperture opening pada f/1.2
Manual Extension Tube
 Gajet ringkas ini terdiri dari 5 element penting ;
1). Adapter dari lens mounting body DLSR ke Extension Tube.
2). Extension Tube 9mm
3). Entension Tube 16mm
4). Extension Tube 30mm
5). Adapter dari Extension Tube ke Lens Mounting
Manual Extension Tube part
Cara penggunaannya adalah dengan memasangkan Extension Tube ini ke body camera DSLR dan kemudian memasang lens ke Extension Tube ;
Body DSLR camera and Extension Tube
 
Lens and Extension Tube

Akhir sekali pasangkan lens pada Extension Tube dan macro setup ini sudah sedia untuk beraksi ;
 
Lens and Extension Tube mounted on DLSR body
Cara penggunaan dari segi Aperture setting berbeza untuk Brand Camera Canon, Nikon dan Sony :
1). Untuk Canon anda perlu untuk setkan Aperture terlebih dahulu dan menekan butang DOFP (Depth of Field Preview) sambil melepaskan lens dalam keadaan body DSLR ada power. Ini akan menjadikan Aperture opening anda kekal pada tahap yang kita setkan tadi.
2). Manakala untuk Nikon dan Sony boleh terus mengawal Aperture Opening secara manual dari lens itu sendiri kerana terdapat Aperture Lever pada lens ataupun Pelaras Aperture tersedia yang boleh diubah mengikut keperluan.
3). Lihat video untuk pengguna Canon DSLR di sini :






4). Lihat video untuk pengguna Nikon DSLR di sini :
















Bagaimana cara Extension Tube bekerja?
Extension Tube atau Tiub Lanjutan ini meningkatkan pembesaran kanta dengan suatu amaun yang sama dengan jarak lanjutan yang dibahagikan dengan panjang lensa fokus. Sebagai contoh, menambah sambungan tiub 25 mm ke lensa 50 mm akan memberi perbesaran kepada 0.5X. Oleh itu, jika pembesaran asal lensa 0.15X, maka pembesaran baru akan menjadi 0.15X + 0,5 X = 0.65X. Jarak yang paling dekat memberi tumpuan juga akan berkurangan kepada mm ~ 210.
Semua lensa kamera mempunyai beberapa jumlah lanjutan asal yang digunakan untuk memberi tumpuan atau fokusing kepada objek-objek harian. Kanta dengan jarak memberi tumpuan lebih dekat biasanya mempunyai sambungan yang asal, tetapi ini juga akan memberi manfaat kepada pengurangan jarak tambahan tiub.
Lihat Rajah di bawah untuk pemahaman mengenai Extension Tube ini ;
Ratio 1:2  (0.5X)  magnifying with normal kitlens at 50mm
Ratio 1:2  (0.5X)  magnifying with normal kitlens at 50mm
 Setelah kitlens ini ditambah dengan extension tube 25mm, maka nisbah perbesarannya bertambah kepada 1:1 (0.65X), lihat gambarajah di bawah ;
Ratio 1:1  (0.65X)  magnifying kitlens with 25mm Extension Tube at 50mm focal length
Ratio 1:1  (0.65X)  magnifying kitlens with 25mm Extension Tube at 50mm focal length

Kembali ke Artikel Macro Saya atau ke home.

Perbezaan hasil macro di antara Extension Tube, Raynox DCR250 dan Macro Filter

Saya terpanggil untuk membuat satu eksperimen tentang perbezaan di antara  manual Extension Tube, Raynox DCR250 dan Close up/Macro Filter. Ketiga-tiga gajet ini digunakan untuk tujuan yang sama iaitu macro shot. Namun begitu terdapat perbezaan dari segi kualiti macro untuk setiap gajet tersebut. Dengan itu saya kumpulkan ketiga-tiga gajet ini dan buat foto macro test dengan menggunakan kertas line vertical dan horizontal. Semasa test shot ini saya menggunakan kitlens Canon EF18-55mm sebagai asasnya dengan body Camera EOS40D. Mari kita lihat apa perbezaanya. Setting untuk semua ujian ini menggunakan Shutter Speed 1/100sec, Aperture  f10, ISO200, White Balance - AWB dalam jpeg format dengan large file (L). Color -0, Saturation-0, Sharpness-0.
1). Manual Extension Tube. 2). Raynox DCR250. 3). Macro Filter.
 Kita mulakan dengan Extension Tube shot dengan kitlens Canon EF18-55mm ;
Macro Extension Tube full frame caption
Kemudian Raynox DCR250 dengan kitlens Canon EF18-55mm ;
Macro Raynox DCR250 full frame caption
Akhir sekali Close up/Macro Filter dengan kitlens Canon EF 18-55mm ;
Macro Filter full frame caption
Click di setiap gambar untuk melihat hasilnya dengan lebih dekat lagi. Dari pemerhatian saya ketiga-ketiga shot lebih kurang sama, namun terdapat beberapa bahagian yang kurang sharp pada bahagian sudut. Jadi untuk mendapat gambar yang lebih jelas saya buat crop 100% pada bahagian tengah di setiap hasil foto macro. Mari kita lihat bersama-sama ;
100% macro shot crop at center point
Di sini kita dapat melihat Raynox DCR250 mempunyai kawalan sharpness yang terbaik diikuti dengan Extension Tube dan Close up/Macro Filter,  akan tetapi kawalan cahaya pada Extension Tube amat baik pada pandangan saya kerana ianya mengurangkan harsh. Bagaimanapun ini bukan finalis untuk keputusan ini, mari kita lihat macro shot di bahagian sudut untuk ketiga-tiga gajet macro ini;
100% macro shot crop at corner point
Keputusannya adalah, Extension Tube mempunyai kawalan terbaik di sudut dan kurang CA (Chromatic Aberration) atau penyimpangan kromatik yang menyebabkan kabur (blur) pada sesuatu imej gambar diikuti dengan Raynox DCR250 dan yang terlemah sekali adalah Macro Filter.
Kesimpulan yang saya buat untuk macro shot ini adalah, Extension Tube merupakan gajet macro terbaik dari segi kawalan sharpness, CA dan juga mempunyai DOF (Depth of Field) atau jarak terfokus yang lebih lebar dan dalam walaupun dengan menggunakan bukaan Aperture f/10.
Pilhan pertama : 1) Extension Tube.
Pilhan kedua : 2). Raynox DCR250.
Pilihan ketiga 3). Close up/Macro Filter.

Ikuti cara-cara penggunaan  manual Extension Tube di sini.

Saturday, August 20, 2011

Bagaimana menggunakan lens terbalik tanpa reverse ring (gelung terbalik)?

Saya tidak pernah mendapat bug idaman saya iaitu Robberfly selama terlibat dengan macro fotografi lebih kurang setahun sejak 23 June 2010. Tetapi pada 09 July 2011 saya terjumpa si Robberfly di sebuah kebun. Pada masa itu saya langsung tidak membawa sebarang gajet kecuali camera dan kitlens sahaja. Saya pernah mendengar mengenai reverse lens dengan menggunakan reverse ring. Jadi apakah cara yang saya lakukan untuk menukarkan kitlens biasa ini (Canon EF18-55mm) kepada macro lens tanpa menggunakan reverse ring.

Tekniknya adalah : 
1). Lens dipasang secara normal pada badan kamera saya EOS40D dan set dial command ke M mode dan on kan kamera.

2). Setkan nilai Aperture yang dikehendaki, pada masa ini saya menggunakan Aperture f/20.

3). Tekan butang depth of field preview (Canon system sahaja) dan kemudian lepaskan lens dalam keadaan body kamera ada power supaya bukaan Aperture kekal pada tahap yang dikehendaki.

4). Akhir sekali tekap bahagian hadapan lens ke badan kamera dan bahagian belakang lens di hadapan. Lens  hendaklah ditekap dengan baik supaya tiada kebocoran cahaya masuk ke dalam sensor.
Dengan ini lens anda sudah bertukar menjadi macro lens yang hebat. Lihat hasil daripada lens terbalik yang saya buat iaitu gambar si Robberfly :
Robberfly eyes
Robberfly docking
Jarak subjek dengan reverse lens ini lebih kurang 4 inci iaitu jarak yang biasa saya gunakan dengan lens macro sebenar atau lens tele dipadukkan dengan Raynox DCR250. Ianya suatu pengalaman yang hebat bagi saya kerana walaupun tanpa macro lens saya masih boleh mengambil gambar macro dengan kitlens.
Kembali ke Artikel Macro Saya atau ke home.

Wednesday, February 2, 2011

Blog penjualan pelbagai gajet macro (baru) dan perkongsian ilmu macro. Sila scroll ke bawah untuk melihat item.







Gajet macro dengan bangganya menjadi penaja utama pertandingan macro di 1 malaysian macro. Penyertaan dialu-alukan. Tarikh pertandingan bermula pada 20hb November 2011 dan berakhir 20hb December 2011. Pemenang akan diumumkan pada awal tahun 2012. Untuk keterangan lanjut sila klik link ini atau terus ke laman www.facebook.com/group/1malaysianmacro . Selamat mencuba!

Selamat datang ke gajet macro, penjualan gajet macro serta aktiviti macro di sini. Berkongsi pengalaman macro saya dan koleksi gajet macro saya di sini.

Untuk peminat-peminat macro yang memerlukan gajet asas, saya ada menjual Gajet Macro yang baru, warranty mengikut barangan. Saya tidak menyimpan stok jadi jualan hanya melalui tempahan dan tiada COD (Cash on Delivery). Tetapi saya menyediakan perkhidmatan penghantaran sampai ke rumah anda melalui courier poslaju. Kepada yang berminat bolehlah membuat tempahan dan belian seperti dibawah :

Step 1). Cara tempahan : SMS 0107178037 atau Inbox saya di  http://www.facebook.com/jjkluangman atau Email : jusupjunus@yahoo.com, Code : XXXX XXXX (Item code sila rujuk pada gambar).

Step 2). Bank in atau transfer ke akaun :
              Nama Bank : Maybank
              Pemegang Akaun : Jusup bin Junus
              No Akaun : 151101130324

Step 3). SMS 0107178037 atau Inbox saya di  http://www.facebook.com/jjkluangman atau Email : jusupjunus@yahoo.com,  transaction slip dengan alamat anda.

Step 4). Setelah pembayaran disahkan saya akan membuat penghantaran menggunakan poslaju mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja. Serial no. akan diberikan untuk semakan EMS Poslaju online.

Terimakasih kepada yang sudi membeli dan menyokong saya. Saya akan mengadakan "Outing Macro" dari masa ke semasa sambil berkongsi idea tentang cara-cara untuk shoot macro. Lihat di Aktiviti Macro untuk perkembangan terkini mengenai "Outing 2 M - Macro & Model". Sertai 1 Malaysian Macro group di facebook 1 Malaysian Macro .


Jutaan terimakasih.

- JJ -

(READY STOCK)
Lens baru Canon EF 50mm f1.8 II lens
Harga: RM299
Code : EF 50mm f1.8 II
Warranty : 1 + 1 Tahun daftar online















THERMOS CUP CANON 24-205mm F4 L
Sesuai untuk menyimpan kopi panas semasa outing macro.
RM69 siap hantar
Saiz : 1:1 Saiz lens sebenar
Harga : RM69
Warranti : Tiada













 (READY STOCK)
Octopus closeup/macro +10  filter.
Size : 52mm RM69
Size : 55-58mm RM79
Size : 62mm RM89
Size : 67mm RM99
Size : 72mm RM109
Size : 77mm RM139
Kod : Octopus filter XXmm.
Warranty :  7 hari.
   Octopus dipasang pada kitlens 18-55mm.

    Contoh gambar dari filter Octopus closeup/macro +10 filter size 58mm.


(READY STOCK)
Raynox DCR250 closeup/macro filter with adapter from 52mm to 67mm diameter.
RM329 RM379
Code : Raynox DCR250.
Warranty : 1 tahun by Raynox Japan.

  Raynox DCR250 pandangan belakang.

Raynox DCR250 pandangan depan.

Gambar contoh diambil dengan Raynox DCR250.


(READY STOCK)
Yong Nuo speedlite/flash diffuser
RM49 RM39
Kod : Yong Nuo Diffusser.
Warranty : 7 hari.

 Yong Nuo speedlite/flash diffuser - Ikatan

Yong Nuo speedlite/flash diffuser - Setup sepenuhnya

Sample foto dari Yong Nuo speedlite/flash diffuser.