Revolusi Gajet Macro Saya

Di ruangan ini saya ingin berkongsi mengenai gajet macro yang saya gunakan sepanjang menceburkan diri di dalam bidang macro fotografi. Saya bermula dengan penggunaan gajet-gajet yang sedia ada sebagai proses pembelajaran terawal saya. Gajet Generasi Pertama-Gen 1 (23 June 2010) saya untuk macro fotografi adalah :
  • Canon EOS40D
  • Lens Canon EF50mm f/1.8
  • Lens Canon EF90-300mm f/4.5-5.6
  • Octopus 52mm & 58mm +10 macro close up filter
  • DIY "Duck  Beak" Diffuser
Dari kiri atas : Canon EOS40D, Lens Canon EF90-300mm f/4.5-5.6, Octopus 58mm +10 macro close up filter, DIY "Duck  Beak" Diffuser

DIY "Duck  Beak" Diffuser dan cara saya menggunakannya
DIY Diffuser (Duck Beak) yang saya gunakan dibuat daripada fabrik Silver, Putih dan Hitam. Saya cantumkan semua fabrik ini menjadi satu diffuser yang berjahit dan mempunyai kerangka fleksibel daripada besi agar supaya mudah dipasang pada Flash atau Speedlite.


Di antara foto-foto macro terawal saya dengan generasi pertama "Duck Beak" diffuser.

Yellow Stripe Crab Spider

Coil branches
White Crab Spider
Home Sweet Home Crab Spider Nest
Saya bermula dengan macro pada waktu malam. Ini kerana pada pendapat saya kebanyakan serangga kurang aktif di waktu ini. Jadi di dalam proses pembelajaran ini saya perlu serangga yang duduk diam untuk mendapatkan fokus. Sasaran saya pada masa ini ialah serangga yang bersaiz 5-10mm. Setelah melihat hasilnya, saya kurang berpuashati dari segi pencapaian sharpness dan juga bayang di bawah badan serangga. Lalu saya kurangkan shutter speed yang mana pada macro Gen 1  saya ini rata-rata menggunakan kelajuan 1/250sec dengan bukaan aperture f/20 dan iso200 dengan setting flash ETTL (Canon)/iTTL (Nikon).
Proses pembaikan dari segi teknikal ini, adalah untuk menambahkan sharpness pada serangga ataupun subjek. Jadi saya menggunakan pendekatan menurunkan shutter speed untuk membenarkan lebih cahaya pada subjek. Kali ini penggunaan shutter speed berkelajuan 1/100sec-1/125sec dengan bukaan aperture f/25 dan iso200-iso250. Kali ini saya mencuba macro shooting di sebelah siang dan sasaran serangga saya kali ini yang bersaiz 2-6mm. Hasilnya lihat gambar di bawah :

Green Grass Hopper
Green Tortoise Beetle
Female Lynx Spider
Terdapat sedikit perubahan dari segi sharpness dan DOF (Depth of Field) iaitu jarak terfokus. Saya melihat, Natural Light iaitu cahaya semulajadi telah membantu untuk menerangi latar belakang gambar. Dan juga setting terbaru saya yang membolehkan lebih cahaya untuk subjek. Ini seterusnya menjadi asas saya selepas beberapa lama. Penambah baikkan diteruskan dengan menggantikan Octopous 58mm macro close up +10 filter saya dengan Raynox DCR250.
Berita sedih pada 02. August.2011, kamera canon  EOS40D saya kecurian di KL Sentral. Jadi gajet yang saya gunakan kali ini adalah kamera Canon EOS350D digabungkan dengan lens Canon EF 70-200mm f/4L dan Raynox DCR250. Setting Gajet ini saya gelarkan Generasi kedua (Gen 2) :

  • Canon EOS350D
  • Canon EF 70-200mm f/4L Lens
  • Raynox DCR250
EOS350D pair with Canon EF 70-200mm f/4L Lens
Macro converter Raynox DCR250
Jadi saya membuat satu macro shooting percubaan menggunakan subjek air yang menitik ataupun dikenali sebagai Water Drop. Hasilnya lihat gambar di bawah :

Water Drop
Water Drop
Water Drop
Semua WaterDrop shot saya menggunakan 1 Unit Studio Light Elinchrom 250W dengan softbox. Oleh kerana cahayanya sangat baik maka setting untuk shot ini adalah 1/250sec, f/25, iso200. Saya membuat kesimpulan bahawa, terdapat CA (Chromatic Aberration) atau penyimpangan kromatik pada bahagian sudut lens yang mempengaruhi ketajam atau sharpness.
Setelah edisi Generasi Kedua (Gen 2) saya kurang memberangsangkan dari segi focal range, sharpness dan juga clarity maka wujudlah Generasi Ketiga (Gen 3) saya dengan gajet baru iaitu :

  • Canon EOS40D
  • Tamron 70-300mm macro 1:2 f4-5.6 Di
  • Bracket C
  • Phottix Aster Wireless Flash Trigger (PT-V4)
  • Yong Nuo Flash Diffuser
Tamron 70-300mm macro 1:2 f4-5.6 Di
Bracket C
Phottix Aster Wireless Flash Trigger (PT-V4)
Yong Nuo Flash/Speedlite Diffuser
 Hasil dari kombinasi ini menaikkan taraf kemampuan macro saya kepada nisbah 1:1, 2:1 dan 3:1. Lihat gambar kombinasi ini di bawah di mana kalau diperhatikan cahaya dapat didekatkan kepada subjek! Ini adalah sesuatu yang amat baik! Saya gembira menemui suatu setting yang baik pada pandangan saya dan berkongsi di sini untuk melihat hasilnya :
Gajet Generasi Ketiga (Gen 3) saya

Long Horn Beetle with tiny bug on head
Female Lynx Spider
Perkembangan ini sangat memberangsangkan dan kenangan paling manis untuk setting Gen 3 ini telah menghasilkan foto macro yang menjadi pemenang utama di fotoskool - Bachelor of Photography iaitu sebuah group di Facebook untuk ADF 3 Theme Macro (Anugerah Dekan Fotoskool) yang diketuai oleh Dekan SirMart. Lihat gambar champion (Long Horn Beetle with Tiny Bug on Head) saya di sini, namun masih ada pembaikkan yang harus dibuat. Melihat kepada perkembangan ini saya semakin bersemangat untuk meneruskan dan memperbaiki taraf macro fotografi saya dengan kehadiran gajet Generasi Keempat (Gen 4) saya.
Gen 4 terdiri dari gajet macro Gen 3 cuma kali ini lens Tamron 70-300mm macro 1:2 f4-5.6 Di saya gantikan dengan lens Tamron SP90-mm macro 1:1 f2.8 Di :

Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro
Saya berasa sungguh gembira mendapat lens macro bernisbah 1:1 ini kerana  ia salah satu lens macro 3rd Party  terbaik dalam kelasnya. Dan juga mempunyai multiple function dari segi capability focusingnya walaupun ia hanya prime lens. Hasil dari lens ini adalah yang terbaik selama setahun (2010-2011) saya terlibat dengan macro fotografi. Saya menjangkakan bidang macro fotografi ini akan menjadi lebih serius dan menanamkan azam untuk belajar dan memperbaiki skill saya dari masa ke semasa. Lihat gambar-gambar di bawah yang saya ambil menggunakan lens macro terbaru (Gen 4) ini : 
Female Jumping Spider Portrait
Very Kind Frog with peaceful prey (Mosquito)
Soldier Ant
UFI (Unknown Flying Insect) Might be Wasp with her parasitoid egg

Ikuti perkembangan gajet Generasi Kelima (Gen 5) yang akan saya tuliskan di dalam blog ini. Anda juga boleh melihat koleksi gambar macro saya di flickr.
Untuk melihat aktiviti macro click di sini.

Kembali ke Artikel Macro Saya atau ke home.





17 comments:

  1. Tq bro Mdaffin, ini biase aje he..he..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum JJKluangman,
    wah...cantik dan cun2 semuanya. Dah lama gak sy search tentang equipment yg wajib perlu ada utk ambil gambar macro nih...gear En memang mantop!

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalm Ma Zul, tq, saya suka berkongsi pengalaman mengenai makro mungkin boleh menjadi rujukan atau panduan atau pun perbandingan untuk kita kongsi pengalaman bersama-sama sambil bertukar idea dan pandangan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  5. Sama-sama Cik Farah deeb, Yayashimano InsyaAllah saya akan postkan.

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan bro JJ....ilmu yg sangat berguna dan mudah difahami...keep it up...

    ReplyDelete
  7. salam JJ nak tanya cikit macam mna pulak gabungan sp90mm+ raynox 250?

    ReplyDelete